Thursday, November 25, 2010

[Air]

Assalamualaikum..


Water and It's composition
(Tajuk 1st dlm subjek physiology1 yg aku ambik masa 1st year 2nd sem.) 

Berkaitan tajuk untuk entry ni, 
Aku sebenarnye ade masalah dengan air ni.
Bukan bergaduh, bertumbuk ke apa, cuma..
aku mengalami masalah tak suka minum air..
Remeh je nampak masalah ni..
eih,tunggu dulu..masalah ni xremeh pun pada hakikatnya..

Aku bila duduk rumah, malas betul nak minum air.
tak tahu la apa puncanya..
hehe..
Kadang-kala aku pujuk diri sendri utk minum air dengan cara aku buat air Ribena, Milo ais, tak pun teh O. 
Itupun aku minum segelas je. Buat sampai 1jug! =p
Masalah lain pulak timbul apabila aku minum Milo ni..
Asek la nak tercirit-birit je..
Aritu minum yogurt drink lagi worst!!

Kalo dekat Kampus pun, 
aku xrajin minum air dan sperti biasa, aku akan buat ribena tatkala rasa nak minum.
Tapi, kalo pg kedai makan, nak2 tuk dinner, aku akan mintak air suam (sama dengan budak) ni utk meneutralkan balik apa yg aku makan.
 Bukan utk menjaga stamina ke ape ye sebab mmg fit pun. 
haha

Apa yg membuatkan aku eager nak tulis entry ni adelah:

aku mengalami masalah pencernaan
sembelit
mulut kering
pening


Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari.
Sumber.
mengikut pembacaan aku lagi:

-Ia membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan selain membantu perkumuhan bahan buangan dari usus dan buah pinggang.
-Untuk menyelaraskan suhu badan 24/7
-Memberi kelancaran pergerakan sendi dan membran
-Darah merupakan sistem pengangkutan yang berfungsi ‘mengagihkan’ nutrien makanan ke seluruh tubuh. Hampir 92 peratus kandungan darah ialah air.
-Rembesan tubuh dan cecair penghadaman hampir keseluruhannya adalah air (sistem penghadaman menghasilkan hampir 1.7 liter air liur setiap hari)

Tahukah anda?
Air adalah penahan selera secara semula jadi. Kekurangan air boleh membawa kepada makan berlebihan, ini kerana otak tidak dapat membezakan antara lapar dan dahaga, jadi apabila anda fikir anda berasa lapar kemungkinan tubuh sebenarnya memerlukan air. Jadi minum segelas besar air sebelum anda makan kerana itu yang mungkin diperlukan oleh tubuh bukannya makanan seperti otak anda fikirkan.
Di bawah adalah simptom-simptom menunjukkan tubuh sedang ‘dahagakan’ air.
-Pening - Salah satu fungsi utama air ialah membuang toksin dari tubuh. Otak manusia mengandungi 75 peratus air, jadi walaupun mengalami sedikit penyahhidratan boleh menyebabkan pening.
- Letih/Lemah tumpuan - Jika tubuh mengandungi terlalu banyak toksin dan tidak cukup air untuk mengeluarkannya, anda akan berasa kurang bertenaga kerana tubuh bergelut dengan toksin.
-Sembelit - Air melawaskan proses penyingkiran najis, jadi minumlah air secukupnya untuk melancarkan penyingkirannya.
-Air kencing kotor - Buah pinggang adalah penapis bahan-bahan buangan dari darah. Hampir 180 liter air dikitar semula oleh buah pinggang setiap hari. Proses ini bergantung kepada bekalan air segar yang secukupnya, tanpanya pengeluaran air kencing akan berkurangan menyebabkan bahan buangan menjadi lebih pekat menghasilkan kencing kotor.
-Mulut berbau - Jika cecair tidak cukup di dalam mulut untuk membersihkan sisa-sisa makanan, bakteria akan membiak di dalam tekak dan mulut menyebabkan mulut berbau.
-Mulut kering - Air liur merupakan bahan ‘pelincir’ mulut, penyahhidratan mengurangkan jumlah air liur. 
Penyahhidratan yang teruk juga menyebabkan:
-Ketegangan otot - Ini berlaku apabila tidak cukup oksigen sampai ke otot melalui pembuluh darah disebabkan tubuh tidak cukup air.
-Kulit - Kulit yang tidak cukup air akan hilang keanjalan.
-Mata - Mata cengkung dan kulit di sekeliling mata lembah menandakan penyahhidratan yang teruk.
sumber


Jadi, sebagai budak bio aku haruslah mengamalkan hidup sihat seperti manusia normal yang lain. 
Takdela nnt org kata."kau ni blaja je Bio, tau kepentingan itu ini, tapi x apply pun dalam kehidupan.."
"So..?" 
haha

heee..
So, lepas ni aku akan kerap utk minum air sepanjang hari! hoyeah,..

*penulis juga tak makan sayur*

6 NAseehAt:

Paan Ovrtd said...

Regardless.

Tak semestinya apa yang kita belajar kita kena praktikkan, right? There's more to it than that.

Tapi, jarang minum air you ni dah sampai tahap tabiat dah ni. Bahaya.

Just sayin'.

نور فضيلا said...

hehehe..=))
comel je kan? haha..
thxx for your concern!

cik dhiya said...

comel ke?

RuBy said...

ye!!!aku pun malas minum air~
aku tgk kat tv dia ckp..drinking water curb your appetite...tp still malas minum gak...hahha

نور فضيلا said...

comel la dya..hehe..

ruby..
ko pun sama kapal dgn aku eh? hehe
kena rajin minum weyh..aku teruk oh..kadang2 lepas makan pun xnak minum air..sian my tummy~~

armouris said...

info tentang kualiti air di SIHAT SELALU - Kualiti Air Bergantung Kepada Proses Penulenan