Monday, December 06, 2010

[ Fenomena Biasa ]

Salam everyone.
Selamat menyambut maal hijrah!! ^^,V

Semoga dengan melangkahnya ke tahun baru 1432H ini, bertambah keimanan dan amal ibadah memandangkan usia kita semakin hampir ke penghujungnya..Who knows kan andai ini tahun terakhir untuk kita hidup. Jadi, perbanyakkanlah amalan yang membuahkan pahala, kurangkanlah tabiat yang membawa kepada dosa besar mahupun dosa kecil atau dosa kering sekalipun. Nasihat buat kawan-kawan agar bersamalah kita menjaga awrah, muamalat, dan perbualan (no umpat-mengumpat). Perbaiki diri, hiasi peribadi agar menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik daripada semalam.

Okay, tahun 1431H yang lalu banyak mengajar aku erti hidup. Banyak suka-duka yang kutempuhi, banyak ilmu yang kupelajari, banyak jua pengalaman yang kutimba dan banyak juga liku-liku kehidupan yang ku lalui..ceywah~~ Tapi secara overall, aku sendiri tidak berpuas hati dengan pencapaian aku setakat ni. Pernah terniat dihati ini agar ingin berubah namun ternyata perubahan itu memerlukan usaha dan tekad yang kuat. Andai tidak disemat kemas-kemas di dalam diri, maka hanyutlah engkau bersama angan-anganmu. So, untuk 1432H ini, aku ingin teruskan azam aku yg tidak kesampaian itu. Bantu aku, bimbing aku ye kawan-kawan. 

Perghh..ayat tak bleh siot. bunyi macam aku dah melakukan sesuatu kesalahan yang telah melanggar undang-undang akta negara!! Takla. manade. Cuma aku ingin menjadi lebih baik daripada sekarang. Baik interm of..hehe. faham-faham jela ye.

1431H melabuhkan tirainya dengan aku sibuk menge-check result sem I 2010/2011. UIA kata boleh check after 4. Dalam pada aku tak nak amik tahu sebab nervous kemain-tak-ingat-dunia-punya, aku countdown jugak. Jam 1500, butterfly dalam perut aku dah menari-nari. cesss..Tepat jam 1600, aku bukak IIUM portal. Aku hit button refresh berkali-kali. Sampai pening kepala dah. Aku kalo nervous mula la perut meragam nak terber_k. haha. oppss..tak berapa senonoh sikit ye. maaf la. ^^,

Then ade la dalam sengah jam percubaan hasilnya:

hahaha...
Teruskan berusaha ye rakan-rakan sekalian.

Lepas tu aku tolong check Nani (one of my bestie) punya result. hadoila..
Aku memang tanak tolong sebab gile psycho kalo tengok result dia sebab dia ni memanjang la dean's list oiii..Tapi disebabkan kasihan aku tolong jua. Ternyata tidak menghampakan dia, tapi mata aku menanah la tengok. *.* Seriously serious rase nak photoshop je result dia, buh nama aku, matric num aku. hahah!!


Takpela, rezqi dia kot. Rajin. 
Aku ni main je taw..
wuwuwu..

Nani, ko ajar aku ey nanti. =))






Footnote: menghitung hari nak pergi Kelantan. 
Yeayyyy!!!

4 NAseehAt:

Unknown said...

nani study camne wei...kongsi sket...hahah

نور فضيلا said...

nani study consistent. xmain last minute ni.
orang baru nak start dia dah repeat buat ke berapa kali ntah. pastu dia banyak ajar orang. kata cite2 lecturer kan.=))

Unknown said...

owh ye ke...ok!
next sem r~
ahhaha

perindu_خلافة said...

congratz utk yg dapat dean's list ^_^